top of page
Writer's pictureShahril Nizam

Hikmah Kematian Anak Kecil

Updated: Oct 27, 2021

Hikmah Kematian Anak Kecil | Ketika saya menghadapi musibah dan ujian kematian anak tahun 2017 lalu, beberapa orang sahabat mengucapkan takziah dengan hadis-hadis baginda SAW yang menjadi motivasi buat saya dan isteri untuk meredakan kesedihan dan menjemput ketenangan hati.


Saya panjangkan hadis-hadis tersebut dengan harapan setiap ibu bapa yang diuji dengan kematian anak benar-benar menginsafi bahawa setiap musibah dan ujian Allah SWT itu mempunyai hikmah, kebaikan yang besar dan ganjaran syurga di akhirat kelak. Di antaranya:


1. Dibangunkan Sebuah 'Rumah Pujian' Di Syurga


عَنْ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " إِذَا مَاتَ وَلَدُ الْعَبْدِ قَالَ اللَّهُ لِمَلائِكَتِهِ قَبَضْتُمْ وَلَدَ عَبْدِي فَيَقُولُونَ نَعَمْ فَيَقُولُ قَبَضْتُمْ ثَمَرَةَ فُؤَادِهِ فَيَقُولُونَ نَعَمْ فَيَقُولُ مَاذَا قَالَ عَبْدِي فَيَقُولُونَ حَمِدَكَ وَاسْتَرْجَعَ فَيَقُولُ اللَّهُ : " ابْنُوا لِعَبْدِي بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَسَمُّوهُ بَيْتَ الْحَمْدِ "


Maksud: Dari Abu Musa al-Asy'ari bahwa Rasulullah SAW bersabda, ”Apabila anak seorang hambaNya meninggal dunia maka Allah SWT berfirman kepada para malaikat, "Apakah engkau telah menggenggam anak dari hambaKu itu?” Para malaikat menjawab, "Ya". Allah berfirman, "Apa yang dikatakan hamba-Ku itu?" Para malaikat menjawab, "Segala puji bagiMu dan dia mengucapkan istirja’ (Ina Lillahi wa Inna Ilaihi Raji’un).


Lalu Allah berfirman, "Bangunkan baginya sebuah rumah di syurga dan namakanlah rumah itu dengan nama "Bayt al-Hamd (Rumah Pujian).” (HR Imam al-Tirmidzi ~Imam al-Albani menilai hadis ini sebagai hasan dalam kitabnya Silsilah al-Sahihah)


2. Anak Yang Menjadi Penghalang Ibu Bapanya Ke Neraka


عَنْ أَبِي حَسَّانَ، قَالَ قُلْتُ لأَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّهُ قَدْ مَاتَ لِيَ ابْنَانِ فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِحَدِيثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا قَالَ قَالَ نَعَمْ ” صِغَارُهُمْ دَعَامِيصُ الْجَنَّةِ يَتَلَقَّى أَحَدُهُمْ أَبَاهُ – أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ – فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ – أَوْ قَالَ بِيَدِهِ – كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنِفَةِ ثَوْبِكَ هَذَا فَلاَ يَتَنَاهَى – أَوْ قَالَ فَلاَ يَنْتَهِي – حَتَّى يُدْخِلَهُ اللَّهُ وَأَبَاهُ الْجَنَّةَ


Maksud: Dari Abu Hassan, beliau berkata, "Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA, sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan sebarang hadis Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?"


Abu Hurairah menjawab, "Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga." (HR Imam Muslim)


3. Ujian Yang Mendidik Ibu Bapa Erti Redha dan Sabar. Dengan Sifat Itu Juga Mereka Diberi Jaminan Syurga


عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال يقول الله تعالى ما لعبدي المؤمن عندي جزاء إذا قبضت صفيه من أهل الدنيا ثم احتسبه إلا الجنة


Maksud: Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman, "Tidaklah seorang hambaKu yang beriman memperoleh pahala dari sisiKu, jika Aku mengambil kekasihnya dari penghuni dunia ini kemudian dia mengharapkan pahala kerananya, melainkan baginya syurga". (Muttafaq 'Alayh)

189 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page