AUTORITI HADITH DI INTERNET
Pemakaian hadis di internet perlu diberi perhatian agar aspek autoriti dapat dipelihara dengan baik. Usaha pemeliharaan ini untuk memastikan ketulenan dan autoriti teks hadis sebagai sumber rujukan utama selepas al-Quran. Dengan kewujudan banyak laman web hadis maka penelitian aspek ketulenan dan autoriti teks matan dan sanad adalah sangat penting untuk dijalankan. Buku ini memfokuskan kajian terhadap aspek sistem dan perkhidmatan perisian laman web. Di samping itu penilaian semula dilakukan terhadap aspek pemakaian hadis berdasarkan ketepatan teks dan baris matan, baris sanad, kedudukan hadis di dalam kitab dan bab, rawi al-A’la dan al-Muhaddith. Analisis terhadap aspek keselamatan akses dan isu-isu dalam perbahasan Hadis al-Musahhaf menjadi tunjang utama dalam memastikan autoriti hadis dapat dinukilkan secara baik di alam siber.
BUKU-BUKU TERBITAN ACIS
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Cawangan Perak
PERAKAUNAN ISLAM
Buku ini membincangkan mengenai bidang perakaunan Islam dalam neraca maqasid syariah yang bertujuan untuk memelihara harta benda. Ia menjadi suatu platform kepada umat Islam agar dapat memperoleh sumber harta yang berkat dan menguruskan harta mengikut neraca Islam tanpa melibatkan unsur-unsur riba, gharar, perjudian, rasuah dan sebagainya. Ia memfokuskan kupasan dan perbahasan mengenai perakaunan dalam perspektif Islam, jenis-jenis dan pemilikan harta, zakat dan kaedah pengiraannya, al-Rahnu dan kaedah pengiraannya, perbankan Islam dan Takaful. Secara keseluruhannya, buku ini telah berjaya menghuraikan beberapa aspek penting perakaunan Islam secara komprehensif. Buku ini penting untuk dijadikan rujukan oleh para pelajar dan pengkaji yang menjadikan ilmu perakaunan sebagai bidang pembelajaran dan kajian.
SOLD OUT
PENGURUSAN ALAM SEKITAR
Buku ini membincangkan pandangan Islam berkenaan alam sekitar serta peranan dan tanggungjawab manusia terutamanya dalam pengurusan alam sekitar menurut perspektif Islam. Ia disebabkan hubungan manusia dengan alam sekitar sangat penting dan pengurusannya merupakan tanggungjawab manusia terhadap Allah SWT di atas muka bumi dan alam keseluruhannya. Perbincangan yang mengupas tentang alam sekitar menurut perspektif Islam dirasakan penting sebagaimana ilmu-ilmu lain yang boleh membentuk akhlak, tanggungjawab dan integriti manusia terhadap alam sekitar. Secara keseluruhannya, buku ini telah berjaya menghuraikan aspek alam sekitar yang lengkap dan komprehensif dalam sisi pandang Islam. Buku ini penting untuk dijadikan rujukan oleh para pelajar dan pengkaji yang menjadikan alam sekitar sebagai bidang pembelajaran dan kajian.
WACANA PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
Globalisasi menyediakan interaksi di seluruh dunia dan bertindak balas terhadap perkembangan ketamadunan. Proses globalisasi merangkumi bentuk pemikiran serta norma manusia. Alaf baru mencipta konflik, perkembangan pengetahuan dan perjuangan sosial yang perlu ditangani untuk membentuk masyarakat yang bertamadun. Kesan globalisasi dan pengantarabangsaan memerlukan peningkatan kualiti dari segi bahasa, pendidikan, dan peradaban dalam memacu pembangunan negara. Justeru bab dalam buku ini diterbitkan hasil pengumpulan kertas-kertas kerja terpilih yang telah dibentangkan dalam seminar Language, Education, & Civilisation lnternational Conference (LECIC2016) bertemakan "Strengthening Excellent In Langguage, Education and Civilization". Ia telah mengumpulan dan menyenaraikan hampir 41 makalah akademik dalam bidang kajian yang pelbagai.
PARADIGMA ILMU ISLAM DAN REALITI SEMASA
Perbincangan berhubung persoalan dalam melestarikan perubahan agar selari dengan peredaran globalisisi dan tidak bercanggahan dengan syariat Islam perlu diberi penekanan untuk melahirkan dan menyediakan insan dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu di samping menekankan kekuatan jatidiri bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar. Pendidikan, peradaban dan pemantapan bahasa yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana dalam usaha membangunkan generasi alaf baru. Bagi mencapai hasrat tersebut ketiga-tiga elemen ini perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Sehubungan itu, agenda penting untuk membangun sesuatu bangsa adalah melalui pembinaan budaya ilmu dan pembudayaan masyarakat. Justeru bab dalam buku ini diterbitkan hasil pengumpulan kertas-kertas kerja terpilih yang telah dibentangkan dalam seminar 2nd International Conference on Contemporary Muslim World (ICCMW2021) dengan menyenaraikan 86 makalah akademik dalam bidang kajian yang pelbagai.