
SALAM PERKENALAN
Akhukum fi al-Islam, Shahril Nizam Bin Zulkipli. Berasal dari Kg Tualang Sekah, Malim Nawar Perak. Telah berkahwin dan memiliki tiga cahaya mata. Kini menetap di Taman Bidor Botani 2, Bidor, Perak dan berkhidmat sebagai pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Cawangan Perak Kampus Tapah.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Memulakan pengajian di peringkat pra Ijazah dalam bidang Usuluddin di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan selama 2 tahun (2004-2006). Kemudian menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang yang sama pengkhususan al-Quran dan al-Hadith selama 3 tahun (2006-2009). Setelah itu, meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Jabatan yang sama dengan pengkhususan kajian Hadith dan ICT. Berjaya menyiapkan disertasi Master bertajuk 'Pemeliharaan Hadith Di Internet: Kajian Terhadap Laman Web al-Durar al-Saniyyah dan Islamweb" selama 2 tahun (2009-2011). Kini sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah dalam pengkhususan bidang psikospiritual Islam (2019-Kini).
LATAR BELAKANG PEKERJAAN
Memulakan langkah dalam bidang pendidikan sebagai tutor di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, APIUM (2009-2011). Kemudian ditawarkan sebagai pensyarah PTFT di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar (2012-2014) sebelum diserap sebagai pensyarah tetap di ACIS Cawangan Perak Kampus Tapah (2014-Kini).
KEPAKARAN BIDANG
Bidang penyelidikan yang menjadi tumpuan ialah:
Pengajian Islam | Pengajian Hadith | Hadith dan ICT | Digital Hadith | Perubatan Islam | Psikoterapi Islam | Psikoterapi Nabawi |
DIREKTORI PENYELIDIKAN
BIDANG PENGAJARAN
Subjek ACIS:
CTU101 Prinsip Asas Islam | CTU151 Pemikiran dan Tamadun Islam | CTU231 Asas Perakaunan Islam | CTU261 Sains dan Teknologi Islam
Kuliah di Masjid/Surau
Kitab Hadith Riyad al-Salihin dan Kitab Hadith 40 karya Imam al-Nawawi | Kitab Sirah al-Rahiq al-Makhtum karya Syeikh Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri | Al-Fiqh Al-Manhaji 'Ala Mazhab Al-Imam al-Syafie





